Friday 4 July 2014

Jangan jatuh.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum :)

Aasiff jiddan entry lama semua dah delete. Terlalu lagha *sigh.

____________________________________________________

Dalam memburu solehah ada kalanya kau lelah.
Ada kalanya kau lemah.
Ada kalanya kau tersilap langkah.

Dan ada kalanya tergelincir ke jurang ikhtilat yang kau sendiri tak sedari.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. 
Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya kau membenarkan syaitan tipu daya.

Kadang, kita leka dengan dunia. Ya. Aku tahu . Kita semua tahu, berubah, berhijrah ni selangkah demi selangkah. Walau rebah, kita tak boleh lemah.
Tapi ketahuilah syaitan itu takkan pernah mengalah. Untuk buat kita terus rebah.

Sedangkan syaitan dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam. 
Kita ni ? Yang iman tak kuat, yang amal tak hebat ni ? Lagi senang syaitan laknatullah nak hasut.
Lalu tanpa sedar masing-masing tergelincir.




Boleh berhubung dengan ajnabi. Boleh sayang.
Tapi ingatlah. Selagi belum nikah. Selagi belum halal.
Ada batas. 

Mula-mula berbual benda penting. Text bila ada urusan. Contact pun benda-benda yang ada kepentingan. lama-lama makin goyah konsep perbualan. Benteng syariat pecah perlahan-lahan.

Sejam tak dapat text dari dia, hati dah mulai gelisah. Rasa serba tak kena.
Waktu tu, kondisi iman mula yanqus, menurun, lemah, goyah.

Tapi kita tak sedar, kita tak buka mata.
Kita rasa,

"Alaa biasalah ni. Nama pun sayang."

Kadang, kita rasa yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita.
Sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat. Yang sentiasa mendoakan.

Aku tahu sakit dia macam mana. Pedih.
Ya. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.

"Macam mana aku nak move on. Macam mana ? "

Tangan dipegang erat.

"Kau mampu. InShaAllah pelan-pelan. First week mungkin susah sikit. Tapi lama-lama kau akan kuat."

"Tapi aku sayang dia. Aku sayang dia...."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan kan ? "

"Kau bukan kat tempat aku. Kau tak faham."

"Ya. Memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku taknak tengok orang yang aku sayang tergelincir sebab syaitan laknatullah."

"Kami tak cakap benda lagha pun.."

"Okay tak lagha, tapi dalam solat kau, kau mesti ingat dia kan ?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study, kau ingat dia kan ?"

"Ya.."

"Kau buat apa pun kau ingat dia kan ?"

"Hm. Aku sayang dia."

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia masuk syurga kan?"

*angguk*

"Jadi kau kena lepaskan dia. Atas dasar sayang kau pada dia. Sayang kau pada Allah."

Peluk terikat kemas antara dua sahabat. Sungguh ukhwah kerana Allah ini indah. Terlalu indah.


Jujur, kadang aku sendiri tersungkur. Tapi aku cuba pegang tali Allah. 
Aku cuba ingat semua janji Allah.

Cuba sayang. Cuba. 
Jangan. No. Takmo lemah. 

Lari lajulaju pergi ke arah dakapan Allah. 
Jangan pernah berhenti.

Syukran jiddan kepada one of ukhuwah fillah in ask.fm . Your words is too depp :') _____________________________________







Ramadhan Kareem ya Ahlul Jannah :D 
Moga bertemu Lailatul Qadr ya ?
Allahuma Amin.


Wallahua'lam bissawab.






No comments:

Post a Comment